Di sini ingin saya menyentuh sedikit sebanyak tentang Keris yang begitu pekat dalam kebudayaan persenjataan Melayu purba, banyak orang akan mengatakan ianya satu dongeng kerana telah tidak ada cerita tertulis tentangnya lagi dewasa ini,kenapa kita tidak ingin penemuan ini sebagai satu kenyataan untuk membetulkan sejarah bangsa melayu purba yang telah hilang itu.sepatutnya kita mengkaji semula sejarah bangsa kita mengikut prespeksi kita sendiri berdasar apa yang telah di tinggalkan oleh nenek moyang kita.
keris melayu |
keris melayu |
keris melayu sila klik di bawah untuk rujukan lanjut http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=706892 |
Keris Lurus - melambangkan kesetian, ketegasan dan sukar dipengaruhi. Ianya lazim digunakan sebagai keris istiadat.
Keris Lok 3 - digunakan oleh para panglima atau pahlawan. Keris ini dipercayai dapat menunaikan sebarang permintaan penggunanya.
Keris Lok 5 - melambangkan pemiliknya mempunyai kelancaran berbicara dan boleh mempengaruhi orang melalui berbicara.
Keris Lok 7 - melambangkan pemiliknya mempunyai wibawa dan karisma dalam pemerintahan.
Keris Lok 9 - melambangkan pemiliknya bijaksana dan mempunyai sifat kepimpinan.
Keris Lok 11 - menggambarkan pemiliknya memiliki cita-cita tinggi dalam mengejar kemajuan sosial dan sesuai digunakan oleh mereka yang telah bekerja dan berumah tangga.
Keris Lok 13 - bermaksud pemiliknya sanggup mempertahankan apa sahaja yang sudah dimilikinya
contoh bentuk |
sila rujuk dibawah
No comments:
Post a Comment